POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
SESI DISEMBER 2018
PENGAJIAN
MALAYSIA
TAJUK: SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
PENSYARAH: EN MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(AUTOMOTIF)
KELAS: DAD 1B
NAMA PELAJAR
1. AHMAD RAFNOR BIN ALION
|
02DAD18F2040
|
2. EIHAB BIN AMRAN
|
02DAD18F28
|
3.MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHD AZMI
|
02DAD18F2011
|
ISI
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
|
PENDAHULUAN
|
SEJARAH
DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MELAYU,CINA,INDIA DAN LAIN-LAIN
|
KOMPOSISI
DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
|
KESIMPULAN
|
RUJUKAN
|
LAMPIRAN
|
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah
kurniaNya kami dapat menyiapkan e-folio dengan jayanya.
Ribuan
terima kasih kami ucapkan kepada En Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi ,kerana
telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini.
Terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah bertungkus-lumus
mencari idea dan mengeluarkan pendapat bagi menyelesaikan tugasan ini.
Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana sanggup membantu kami
dari segi kewangan.
Akhir
sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.
Sekian terima kasih.
PENDAHULUAN
Masyarakat
majmuk sangat sinonim dengan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai jenis kaum dan identiti.Negara Malaysia mempunyai lebih
daripada 80 kaum daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat 3 bangsa utama
di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.Konsep masyarakat bermaksud sekumpulan
manusia yang tinggal di satu kawasan Bersama-sama dengan mengikut aturan serta
cara tersendiri dan masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum dan
bangsa.Demikian itu,gabungan kedua-dua istilah ini iaitu masyarakat dan majmuk
yang membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai
rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan,khususnya dalam aspek politik,
sosial dan ekonomi di suatu kawasan bagi membentuk satu kumpulan yang mampu
mewujudkan nilai bersatu padu antara satu sama lain
Walau bagaimana pun,ada
juga yang berpendapat bahawa masyarakat majmuk ini muncul akibat daripada dasar
penjajahan yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi
mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai dalam
satu unit politik.Kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung
antara kaum lain dan amat berpegang kuat pada agama,bahasa,budaya,idea-idea dan
gaya hidup yang tersendiri.
Dalam memahami tentang
konsep ini, perkara yang akan dibincangkan ialah sejarah yang mewujudkan
masyarakat majmuk di Malaysia,Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah
bermula semasa era kegemilangan Melaka bagi melalui proses perdagangan yang
dijalankan.Walau bagaimana pun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat
majmuk.Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada
penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Oleh itu,kita akan
mengupas tentang kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
Malaysia
mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza.
Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan negara Malaysia. Ini kerana negara
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang
tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan
etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia seperti ini
berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku
terhadap perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum di
Malaysia, maka wujudnya kepelbagain adat resam, budaya, bahasa, agama dan
sebagainya.
Masyarakat majmuk merupakan mayarakat
yang terdiri pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan
budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar
belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut
garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik, agama,
ideologi, bahasa dan budaya". Menurut Kamus Dewan (2005),ialah kumpulan manusia
yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara-cara tertentu.
Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri
daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Malaysia amat terkenal dengan adanya
masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme
yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada
awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada
pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
Setiap bangsa Malaysia mempunyai
sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain
itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip
hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak
kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama
Islam.Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat
yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
Seterusnya,
masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina
secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka
berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja
sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era
penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui
beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan
pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian
namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.
Masyarakat India di Tanah Melayu juga
tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India telah mula datang ke Tanah
Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan
peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada permulaan abad ke-20, penjajah
British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah,
patuh dan senag dikawal. Dalam tahun 1880-an, Hugh Low dan Frederick Weld telah
mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari
India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India
terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil,
Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang
adalah dari golongan Tamil.
ASAL-USUL MASYARAKAT MELAYU
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam orang Melayu.Perkataan Melayu berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang
Hari,Sumatera.Di sana letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar tahun 1500 tahun
dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.Sehubungan itu, dari segi
etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit
“Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi.Ada juga sumber sejarah yang
mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi.
Melayu secara puak(puak,etnik) bukan dilihat
dari factor genekologi seperti kebanyakan puak-puak lain.Di Malaysia,tetap
mengaku beretnik Melayu walau moyang mereka beretnik Jawa,Mandailing,Bugis,Keling
dan lain-lain.Beberapa tempat di Sumatera Utara, ada beberapa Komunitas yang
berketurunan Batak mengaku “Orang Kampung” etnik Melayu.
Ini semua kerana diikat
oleh kesamaan agama iaitu Islam, bahasa dan adat resam Melayu.Jadi Melayu
adalah beragama Islam, beradat resam Melayu dan berbahasa Melayu.Oleh adanya
agama Islam, orang Melayu yang masih berpegang pada konsep tradisi namun akan
takut jika tidak disebut Islam.
ASAL-USUL MASYARAKAT CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum kedua terbesar di negara
ini.Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak
berabad dahulu.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, China pernah berperanan
sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam.
Pada pertengahan abad
ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu semakin meningkat akibat daripada
perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah terutamanya di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan.
Akhir abad ke-19,
pemerintah Inggeris telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke
Tanah Melayu kerana Inggeris amat memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya
dapat mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi
Perindustrian di British.
Kebanyakkan Imigran Cina
yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaiitu wilayah Kwangtung,
Kwangsi, Hainan dan Fukien.Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Hailam
dan Hokkien.
Sebelum Perang Dunia
Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai
petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke
negara asal. Namun, selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua keinginan orang Cina
mulai berubah dan mereka ingin menetap di Tanah Melayu
ASAL-USUL MASYARAKAT INDIA
Sejak dari awal
lagi, Tanah Melayu tekah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan golongan
Brahmin.Selain daripada berdagang, org India mahu mengembangkan agama Hindu dan
Buddha di Tanah Melayu.Jumlah org India di Tanah Melayu semakin bertambah pada
abad ke-15 pada zaman Kesulatanan Melayu Melaka.Mereka mula medirikan
petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”.
Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light
pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu.Menjelang
tahun1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara
beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti
kopi dan getah.
Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di
Tanah Melayu ialah 75 000 orang dan meningkat kepada 622 000 orang pada tahun
1931.Sebahgian besar buruh India yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India
Selatan(Madras) dan India Utara(Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa
kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh.
Sama seperti orang Cina, orang India juga
mula menetap di Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Kebanyakan
orang India tinggal di kawasan ladang dan estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya
menetap di bandar-bandar seperti Kuala Lumpu, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan
Singapura.
ASAL-USUL MASYARAKAT MELANAU
Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di
negeri Sarawak.Dahulunya, kaum ini sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga
tinggal di dalam rumah panjang(yang dibina dengan tinggi).Namun, masyarakat
Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di
dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di
tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.Masyarakat Melanau merupakan suku yang
beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib
yang dipanggil Ipok, ia merupakan retetan cerita lisan masyarakat ini yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan
adat mereka.
Kegiatan ekonomi utama mereka adalah
menangkap ikan dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada
mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Selain itu, mereka juga menjalankan
aktiviti mengeksport sagu ke seluruh Malaysia.Cara pembuatan sagu ini
diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengerang.
ASAL-USUL MASYARAKAT IBAN
Kaum iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut
dan dengan jumlah sebanyak 876 000, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari
daerah Lendu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban
adalah di bahgaian Kota Samarahan, Sri Aman,Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan
Miri.Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya
terletak di tebing sungai dan di tepi jalan raya adalah bagi mempermudahkan
kativiti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.Amalan cara
hidup yang diamalkan ialah bepandukan hukum adat, pantang larang, tolak ansur
dan berteraskan perhubungan persaudaraanyang era tantara satu sama
lain.Kebanyakan kaum Iban menerima agama
Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai
adat resam dan ciri-ciri kebudayan yang menjadi lambing tradisi masyarakat
Iban.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu,
gong dan tempayan yang dipanggil tajau.Ia diwarisi secara turun temurun,
bernilai, dianggap suci dan dihormati.Tajau berfugsi sebagai harta dan
diperoleh secara tukar barang.Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih
mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka.
ASAL-USUL
MASYARAKAT KADAZAN DUSUN
Terdapat
5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.Pertama, kaum Dusun dipercayai
berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia
Tenggara(T.R. Williams:1965).Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan
penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari
Myanmar(Ivor H.N. Evans:1932 danT.R. Williams:1965).Teori ketiga, Kaum Kadazan
Dusun adalah kacukan kaum China(Ivor H.N. Evans:1932 dan Owen
Rutter:1920).Teori keempat, Kaum Kadazan Dusun adalah keturunan orang purba Gua
Madai.Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.
Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat
Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan
isterinya Siminundu.Walaubagaimanapun,kebenaran mitos ini hanya didukung oelh
masyarakat Dusun tradisional sahaja.Ekoran daripada kemasukan agama Islam dan
Kristian maka generasi kini lebih bersifat logistic dan mengenepikan mitso
tradisional tersebut.Kaum Dusun merupakan kaum yang terbesar di Sabah.Kaum
Dusun ini tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu dan
juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan dan Keningau adalah petani tradisi yang
menanam padi sawah dan huma.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang
disebut di atas adalah berasal daripada Kawasan-kawasan tertentu umpanya
Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tauran, Orang Sungai di
daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.Kebanyakan orang Kadazan Dusun
menganuti agama Kristian, bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas mereka
menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang
Sungai turut menganut agama-agama lain.
ASAL-USUL
MASYARAKAT BAJAU
Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang
telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang
lepas dan diiktiraf sabagai orang penduduk asli Sabah dan antara kaum yang
terbesar di Sabah.Manakala, di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali
sebagai Bajau Samah.Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran
pantai barat di samping menunggang kuda dan kaum Bajau dinpantai timur Sabah
sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.Orang Bajau Samah sangat terkenal
sebagai penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta
penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur khasnya di daerah
Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies”,
panglima Dilaut, pelaut dan pelayar terunggul.
Orang Bajau Samah(Darat) menetap di daerah seperti Tuaran, Kota Belud dan Papar
manakala orang Bajau Laut pula menetap di daerah seperti Kota Marudu, Kudat,
Pitas, Lahad Datu dan Semporna.
ASAL-USUL MASYARAKAT SULUK
Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada
Kepulauan Sulu sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk
ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang
dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan
tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu
Kupot dan tarian, Daling-daling.
Orang Suluk tidak memanggil diri mereka
Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa
maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi
pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina
keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina
kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina
hingga hari ini.
KOMPOSIS DAN TABURAN PENDUDUK
SEBELUM MERDEKA
Negara Malaysia, terdiri dari pelbagai etnik
yang hidup berlainan cara, tetapi di bawah satu system politik yang sama.Tiga
etnik yang terbesar di Malaysia ialaj Melayu, Cina dan India yang mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing.Tiga etnik ini bersatu di
atas satu kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi raja
perlembagaan dengan satu cara hidup yang sama dan dipersetujui.Sebelum abad
ke-18, penduduk yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu
ialah orang Asli, Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.Migrasi dari
luar berlaku tetapi jumlahnya dihadkan.Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
yang berasal daripada Sumatera, Indonesia.Tetapi ia tidak menjejaskan corak
masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah rumpun yang sama.Sebelum
penemuan lombong bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hamper kesemua
penduduk di Tanah Melayu adalah orang Melayu.Pada pertengahan abad ke-19,
berlakunya penghijrahan kaum Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah
Melayu.Fenomena ini berlaku kerana dasar colonial British yang membawa
kaum-kaum tersebut bagi mengerjakan ekonomi.Migrasi ini berlaku sedikit demi
sedikit sebelum penjajahan Barat dan ia semakin berleluasa selepas penjajahan
berlaku.Aktiviti perlembongan dan perladangan menjadi punca utama dalam
aktiviti migrasi dari luar terutamanya daripada China dan India.Pada abad ke-19
Inggeris telah menguasai struktur politik dan ekonomi secara berleluasa serta
telah mengeksploitasi sumber kekayaan Tanah Melayu.
Penghijrahan secara besar-besaran ini telah
mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.Dari segi peratusan, peratus
penduduk Melayu semakin berkurang dari 54% hingga menjadi 49% pada tahun 1921
dan terus menurun pada tahun1931.Dasar ini telah memberikan kelemahan kepada
penduduk bumiputera, tetapi pada masa yang memberi pengkhususan kepada kaum
imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.
KESIMPULAN
Masyarakat majuk di Malaysia bermula apabila
kemasukan imigran atau buruh daripada negara luar.Proses ini berterusan
sehingga zaman penjajahan British di Tanah Melayu.Oleh itu, wujudlah masyarakat
yang berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.Kehadiran bangsa-bangsa
ini telah menjadikan Malaysia kaya dengan budaya, adat resam, bahasa serta
latar belakang kebudayaan yang berbeza.Hal ini juga telah membuat Malaysia
terkenal di mata dunia.
Pada masa kini, masyarakat majmuk di
Malaysia terjadi secara tidak sengaja kerana pada awal abad ke-19 purata yang
tinggal di Tanah Melayu adalah orang Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,
penghijrahan kaum China dan Kaum India secara beramai—amai ekoran daripada
dasar Liberal Inggeris telah mengubah struktur penduduk Tanah Melayu.
Dari kesinambungan, kemasukan imigran di
dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, samada dari segi positif atau
negative.Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir
kedatangan mereka.Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah
mencorakkan perspektif masyarakat melayu, membentuk budaya baru, meningkatkan
lagi daya saing dalam ekonomi, melahirkan dimensi baru dalam struktur politik
rakyat dan sebagainya.
RUJUKAN
LAMPIRAN