Thursday, January 24, 2019

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
SESI DISEMBER 2018
PENGAJIAN MALAYSIA

TAJUK: SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 



PENSYARAH: EN MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
KELAS: DAD 1B





NAMA PELAJAR
1. AHMAD RAFNOR BIN ALION
02DAD18F2040
2. EIHAB BIN AMRAN
02DAD18F28
3.MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHD AZMI
02DAD18F2011




ISI KANDUNGAN


PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MELAYU,CINA,INDIA DAN LAIN-LAIN
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN


















PENGHARGAAN



    Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan e-folio dengan jayanya.

   Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada En Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi  ,kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini.
   Terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah bertungkus-lumus mencari idea dan mengeluarkan pendapat bagi menyelesaikan tugasan ini.
   Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana sanggup membantu kami dari segi kewangan.
   Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.

 Sekian terima kasih.




PENDAHULUAN

 

   Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum dan identiti.Negara Malaysia mempunyai lebih daripada 80 kaum daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat 3 bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.Konsep masyarakat bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal di satu kawasan Bersama-sama dengan mengikut aturan serta cara tersendiri dan masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum dan bangsa.Demikian itu,gabungan kedua-dua istilah ini iaitu masyarakat dan majmuk yang membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan,khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di suatu kawasan bagi membentuk satu kumpulan yang mampu mewujudkan nilai bersatu padu antara satu sama lain

 

 

 

   Walau bagaimana pun,ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat majmuk ini muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai dalam satu unit politik.Kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat pada agama,bahasa,budaya,idea-idea dan gaya hidup yang tersendiri.

 

 

 

   Dalam memahami tentang konsep ini, perkara yang akan dibincangkan ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia,Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka bagi melalui proses perdagangan yang dijalankan.Walau bagaimana pun kehadiran mereka ini tidak dapat  digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk.Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Oleh itu,kita akan mengupas tentang kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia








SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA



     Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan negara Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum di Malaysia, maka wujudnya kepelbagain adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.


    Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya". Menurut Kamus Dewan (2005),ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.


     Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

     Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.


     Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.


    Masyarakat India di Tanah Melayu juga tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India telah mula datang ke Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada permulaan abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senag dikawal. Dalam tahun 1880-an, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.





ASAL-USUL MASYARAKAT MELAYU




Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.Perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari,Sumatera.Di sana letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar tahun 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi.Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi.



    Melayu secara puak(puak,etnik) bukan dilihat dari factor genekologi seperti kebanyakan puak-puak lain.Di Malaysia,tetap mengaku beretnik Melayu walau moyang mereka beretnik Jawa,Mandailing,Bugis,Keling dan lain-lain.Beberapa tempat di Sumatera Utara, ada beberapa Komunitas yang berketurunan Batak mengaku “Orang Kampung” etnik Melayu.



   Ini semua kerana diikat oleh kesamaan agama iaitu Islam, bahasa dan adat resam Melayu.Jadi Melayu adalah beragama Islam, beradat resam Melayu dan berbahasa Melayu.Oleh adanya agama Islam, orang Melayu yang masih berpegang pada konsep tradisi namun akan takut jika tidak disebut Islam.




ASAL-USUL MASYARAKAT CINA

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum kedua terbesar di negara ini.Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam.



   Pada pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu semakin meningkat akibat daripada perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.


   Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana Inggeris amat memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di British.


   Kebanyakkan Imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaiitu wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien.Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Hailam dan Hokkien.


   Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal. Namun, selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka ingin menetap di Tanah Melayu



ASAL-USUL MASYARAKAT INDIA


Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu tekah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan golongan Brahmin.Selain daripada berdagang, org India mahu mengembangkan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu.Jumlah org India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesulatanan Melayu Melaka.Mereka mula medirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”.


   Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu.Menjelang tahun1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti kopi dan getah.


   Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75 000 orang dan meningkat kepada 622 000 orang pada tahun 1931.Sebahgian besar buruh India yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India Selatan(Madras) dan India Utara(Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh.


   Sama seperti orang Cina, orang India juga mula menetap di Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Kebanyakan orang India tinggal di kawasan ladang dan estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya menetap di bandar-bandar seperti Kuala Lumpu, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.



ASAL-USUL MASYARAKAT MELANAU


   Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak.Dahulunya, kaum ini sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang(yang dibina dengan tinggi).Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok, ia merupakan retetan cerita lisan masyarakat ini  yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat mereka.




   Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap ikan dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Selain itu, mereka juga menjalankan aktiviti mengeksport sagu ke seluruh Malaysia.Cara pembuatan sagu ini diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengerang.


ASAL-USUL MASYARAKAT IBAN


   Kaum iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876 000, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lendu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahgaian Kota Samarahan, Sri Aman,Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri.Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebing sungai dan di tepi jalan raya adalah bagi mempermudahkan kativiti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.Amalan cara hidup yang diamalkan ialah bepandukan hukum adat, pantang larang, tolak ansur dan berteraskan perhubungan persaudaraanyang era tantara satu sama lain.Kebanyakan  kaum Iban menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayan yang menjadi lambing tradisi masyarakat Iban.



   Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil tajau.Ia diwarisi secara turun temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati.Tajau berfugsi sebagai harta dan diperoleh secara tukar barang.Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka.



ASAL-USUL MASYARAKAT KADAZAN DUSUN


Terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara(T.R. Williams:1965).Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar(Ivor H.N. Evans:1932 danT.R. Williams:1965).Teori ketiga, Kaum Kadazan Dusun adalah kacukan kaum China(Ivor H.N. Evans:1932 dan Owen Rutter:1920).Teori keempat, Kaum Kadazan Dusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.


   Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu.Walaubagaimanapun,kebenaran mitos ini hanya didukung oelh masyarakat Dusun tradisional sahaja.Ekoran daripada kemasukan agama Islam dan Kristian maka generasi kini lebih bersifat logistic dan mengenepikan mitso tradisional tersebut.Kaum Dusun merupakan kaum yang terbesar di Sabah.Kaum Dusun ini tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma.


   Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal daripada Kawasan-kawasan tertentu umpanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tauran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.Kebanyakan orang Kadazan Dusun menganuti agama Kristian, bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain.



ASAL-USUL MASYARAKAT BAJAU


   Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sabagai orang penduduk asli Sabah dan antara kaum yang terbesar di Sabah.Manakala, di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai Bajau Samah.Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan kaum Bajau dinpantai timur Sabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.Orang Bajau Samah sangat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur khasnya di daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies”, panglima Dilaut, pelaut dan pelayar terunggul.



           Orang Bajau Samah(Darat) menetap di daerah seperti Tuaran, Kota Belud dan Papar manakala orang Bajau Laut pula menetap di daerah seperti Kota Marudu, Kudat, Pitas, Lahad Datu dan Semporna.



ASAL-USUL MASYARAKAT SULUK



   Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu   sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kupot dan tarian, Daling-daling.



   Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.


KOMPOSIS DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA


   Negara Malaysia, terdiri dari pelbagai etnik yang hidup berlainan cara, tetapi di bawah satu system politik yang sama.Tiga etnik yang terbesar di Malaysia ialaj Melayu, Cina dan India yang mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing.Tiga etnik ini bersatu di atas satu kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi raja perlembagaan dengan satu cara hidup yang sama dan dipersetujui.Sebelum abad ke-18, penduduk yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu ialah orang Asli, Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.Migrasi dari luar berlaku tetapi jumlahnya dihadkan.Selain itu, terdapat juga kaum pendatang yang berasal daripada Sumatera, Indonesia.Tetapi ia tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah rumpun yang sama.Sebelum penemuan lombong bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hamper kesemua penduduk di Tanah Melayu adalah orang Melayu.Pada pertengahan abad ke-19, berlakunya penghijrahan kaum Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.Fenomena ini berlaku kerana dasar colonial British yang membawa kaum-kaum tersebut bagi mengerjakan ekonomi.Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan Barat dan ia semakin berleluasa selepas penjajahan berlaku.Aktiviti perlembongan dan perladangan menjadi punca utama dalam aktiviti migrasi dari luar terutamanya daripada China dan India.Pada abad ke-19 Inggeris telah menguasai struktur politik dan ekonomi secara berleluasa serta telah mengeksploitasi sumber kekayaan Tanah Melayu.



   Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin berkurang dari 54% hingga menjadi 49% pada tahun 1921 dan terus menurun pada tahun1931.Dasar ini telah memberikan kelemahan kepada penduduk bumiputera, tetapi pada masa yang memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.



KESIMPULAN

   Masyarakat majuk di Malaysia bermula apabila kemasukan imigran atau buruh daripada negara luar.Proses ini berterusan sehingga zaman penjajahan British di Tanah Melayu.Oleh itu, wujudlah masyarakat yang berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.Kehadiran bangsa-bangsa ini telah menjadikan Malaysia kaya dengan budaya, adat resam, bahasa serta latar belakang kebudayaan yang berbeza.Hal ini juga telah membuat Malaysia terkenal di mata dunia.


   Pada masa kini, masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja kerana pada awal abad ke-19 purata yang tinggal di Tanah Melayu adalah orang Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan kaum China dan Kaum India secara beramai—amai ekoran daripada dasar Liberal Inggeris telah mengubah struktur penduduk Tanah Melayu.


   Dari kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, samada dari segi positif atau negative.Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka.Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat melayu, membentuk budaya baru, meningkatkan lagi daya saing dalam ekonomi, melahirkan dimensi baru dalam struktur politik rakyat dan sebagainya.




RUJUKAN











LAMPIRAN







No comments:

Post a Comment